Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Rindu la pulak nak berceloteh dalam blog ni.. Ok, kali ni aku nak bercerita pasal aku kena prank dengan Si H dengan Si F.. Adehh, sabar je la aku ni..
Cerita dia macam ni.. Lepas exam mikroekonomi pagi tadi, aku lepak kat pusan untuk siapkan assignment Statistik yang kena hantar hari ni.. Dekat 2 jam jugak la aku duk siapkan kerja tu.. nasib baik ada orang teman, walaupun bukan teman pun tapi banyak mengganggu ada la.. tapi takpe, at least aku tak mati kebosanan sebab buat kerja sorang-sorang..
Monday, 16 June 2014
Saturday, 7 June 2014
EPILOG
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
27/05/2014
Tarikh ni merupakan tarikh kelas terakhir bagi subjek Aplikasi Komputer..
Subjek pertama yang aku tak pernah ponteng sepanjang setahun aku belajar di UKM..
Aku tak tau kenapa aku tak pernah ponteng kelas ni, mungkin sebab aku suka cara Sir mengajar,mungkin juga sebab Sir merupakan pensyarah yang pertama yang mengingati semua nama pelajarnya, dan mungkin juga sebab aku berminat tentang komputer... entah la, aku pun bingung..
Subjek tu juga merupakan subjek pertama yang aku selalu tumpukan perhatian bila berada dalam kelas.. Jasad dan roh aku sentiasa berada dalam kelas bila tibanya masa untuk subjek Aplikasi Komputer.. Berlainan dengan subjek-subjek lain, yang kadang-kadang hanya jasad yang berada dalam kelas tapi roh aku melayang entah ke mana..
Tapi terus terang aku katakan, hati aku sayu bila memikirkan yang hari tersebut merupakan hari terakhir kelas kami..
Aku akan merindui tingkah laku Sir dan kawan-kawan kelas tersebut..
Terima kasih Sir Azzwan sebab mengajar kami dan melayan kerenah kami dengan sabar dan tekun..

Be happy and keep smiling
:)
Friday, 6 June 2014
RINDU
Rindu...
Sebuah perasaan yang sering hadir apabila kita menyayangi seseorang..
Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata..
Kadang-kadang perasaan tersebut membuatkan seseorang itu menitiskan air mata
kerana terlalu merindui..
Namun perasaan tersebutlah yang mengajar kita
supaya menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita..
Rindu..
Perasaan itu juga yang membuatkan kita tabah..
Perasaan itu sering dirasai bila
kita berjauhan dengan yang tersayang..
Keegoan yang ada dalam diri membuatkan perasaan rindu
tenggelam dan hanya disedari bila
orang yang kita sayang pergi dari hidup kita..
Rindu..
Janganlah kita benci akan perasaan tersebut..
Hargailah setiap rasa yang hadir dalam diri kita,
kerana perasaan itu tidak akan selalu hadir dalam diri kita..
P/S : Ni la jadinya bila teringat family kat rumah.. hu hu hu hu
Tak lupa juga kepada Si Dia.. :)
Be happy and keep smiling
:)
SURPRISE
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
02/06/2014
02/06/2014
Hari ni aku merupakan hari yang menggembirakan bagi aku sebab aku dapat hang out dengan 2 orang kawan baik aku sejak kecil lagi iaitu Isma dan Afifi..
Last kami jumpa... rasenye masa reunion bulan 4 tahun lepas, lepas aku habis matrik.. tu pun kejap je sebab aku ada hal hari tu.. so, just pergi jumpa kawan2 kejap then gerak.. hu hu hu hu.. dah la masing-masing sambung belajar kat tempat yang berlainan lepas habis SPM, jumpe plak kejap2 je..
So, sebelum aku balik cuti study week hari tu, Fifi ajak aku keluar ( tapi bukan berdua ok ).. aku pun setuju sebab dia cakap dia nak bawak kawan dia sekali.. jenuh aku tanya sape kawan dia tu, dia cakap special guest.. nervous jugak aku kot2 dia bawak kawan dia yang aku tak kenal, krik krik la aku dalam kereta tu.. hu hu hu
But then, bila dia datang ambil aku kat rumah, special guest tu cover muka dia dengan surat khabar.. last2 aku tau jugak sape yang Fifi bawak sebab diorang turun dari kereta untuk bersalaman dengan Ummi dan nenek aku.. aku gembira tak terkata dan lega sebab Fifi bawak kawan yang aku kenal iaitu Isma..
Lepas Fifi ambik aku, Isma ng Fifi tanya aku nak ke mana.. adehhh.. macam aku pulak yang ajak diorang keluar.. ha ha ha ha.. then Fifi pun decide nak bawak kitorang pergi pantai sebab cuaca hari tu mendung je, tak panas sangat.. so, kami gerak la ke Pantai Cahaya Bulan(PCB)..
Bila sampai kat PCB, dalam kepala kami tak lain tak bukan, MAGGI KETAM!!! ha ha ha ha ha.. then, kami pun cari la gerai yang menjual maggi ketam.. nasib baik ada, kalau tak, kempunan la kami nak makan maggi ketam kat sana.. he he he he.. aku dan Isma ada allergic seafood tapi kalau dengan ketam, memang kitorang tak boleh nak pantang la.. kitorang redah je.. he he he he..
![]() |
Bila da habis makan, Fifi ajak aku dan Isma main bowling kt KBM.. aku on je sebab dah lama tak main benda alah tu tapi Isma tak nak, dia kata dia tak pandai main.. dia cakap nak tengok kitorang main je.. so, Fifi cabar aku lawan bowling dengan dia, aku apa lagi, sahut je la cabaran tu.. tapi nasib tak menyebelahi aku.. aku kalah dengan Fifi.. hu hu hu hu.. but its ok, yang penting aku dapat release tension aku sebelum final exam minggu depan.. :)
Akhir kata, goodluck untuk final exam nanti..
Jumpa lagi..
Be happy and keep smiling
:)
Tuesday, 3 June 2014
KENDURI
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
01/06/2014
Kalau cuti sekolah je, memang tak sah kalau takde kenduri kahwin.. Yela, time cuti ni la semua orang ada kat rumah.. Senang sikit nak buat kenduri, ramai yang boleh tolong.. Kalau kat Kelantan, kenduri kahwin dikenali sebagai ' bekwoh ' @ bigwork.. hehehehe
Kali ni, aku pun terlibat dengan kenduri kahwin.. Family aku dan family mak saudara aku mengikuti rombongan menghantar menantu kat Jeli.. Pengantin perempuan tu anak saudara pak cik aku.. Jadi memang takde hubungan pun dengan aku.. Hihihi.. Aku pun tak kenal sape pengantin perempuan tu.. Huhuhu.. Family aku ikut sekali pun bersebab.. Nak tau sebabnye?? Teruskan baca ye.. Hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)