Monday, 16 June 2014

16/06/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rindu la pulak nak berceloteh dalam blog ni.. Ok, kali ni aku nak bercerita pasal aku kena prank dengan Si H dengan Si F.. Adehh, sabar je la aku ni..

Cerita dia macam ni.. Lepas exam mikroekonomi pagi tadi, aku lepak kat pusan untuk siapkan assignment Statistik yang kena hantar hari ni.. Dekat 2 jam jugak la aku duk siapkan kerja tu.. nasib baik ada orang teman, walaupun bukan teman pun tapi banyak mengganggu ada la.. tapi takpe, at least aku tak mati kebosanan sebab buat kerja sorang-sorang..

Saturday, 7 June 2014

EPILOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

27/05/2014

Tarikh ni merupakan tarikh kelas terakhir bagi subjek Aplikasi Komputer..
Subjek pertama yang aku tak pernah ponteng sepanjang setahun aku belajar di UKM.. 
Aku tak tau kenapa aku tak pernah ponteng kelas ni, mungkin sebab aku suka cara Sir mengajar,mungkin juga sebab Sir merupakan pensyarah yang pertama yang mengingati semua nama pelajarnya, dan mungkin juga sebab aku berminat tentang komputer... entah la, aku pun bingung..

Subjek tu juga merupakan subjek pertama yang aku selalu tumpukan perhatian bila berada dalam kelas.. Jasad dan roh aku sentiasa berada dalam kelas bila tibanya masa untuk subjek Aplikasi Komputer.. Berlainan dengan subjek-subjek lain, yang kadang-kadang hanya jasad yang berada dalam kelas tapi roh aku melayang entah ke mana..

Tapi terus terang aku katakan, hati aku sayu bila memikirkan yang hari tersebut merupakan hari terakhir kelas kami.. 
Aku akan merindui tingkah laku Sir dan kawan-kawan kelas tersebut..

Terima kasih Sir Azzwan sebab mengajar kami dan melayan kerenah kami dengan sabar dan tekun..


Be happy and keep smiling
:)

Friday, 6 June 2014

RINDU


Rindu... 
Sebuah perasaan yang sering hadir apabila kita menyayangi seseorang..
Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata..
Kadang-kadang perasaan tersebut membuatkan seseorang itu menitiskan air mata
kerana terlalu merindui..
Namun perasaan tersebutlah yang mengajar kita 
supaya menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita..

Rindu..
Perasaan itu juga yang membuatkan kita tabah..
Perasaan itu sering dirasai bila 
kita berjauhan dengan yang tersayang..
Keegoan yang ada dalam diri membuatkan perasaan rindu
tenggelam dan hanya disedari bila
orang yang kita sayang pergi dari hidup kita..

Rindu..
Janganlah kita benci akan perasaan tersebut..
Hargailah setiap rasa yang hadir dalam diri kita,
kerana perasaan itu tidak akan selalu hadir dalam diri kita..


P/S : Ni la jadinya bila teringat family kat rumah.. hu hu hu hu
Tak lupa juga kepada Si Dia.. :) 


Be happy and keep smiling
:)

SURPRISE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

02/06/2014

Hari ni aku merupakan hari yang menggembirakan bagi aku sebab aku dapat hang out dengan 2 orang kawan baik aku sejak kecil lagi iaitu Isma dan Afifi..

Last kami jumpa... rasenye masa reunion bulan 4 tahun lepas, lepas aku habis matrik.. tu pun kejap je sebab aku ada hal hari tu.. so, just pergi jumpa kawan2 kejap then gerak.. hu hu hu hu.. dah la masing-masing sambung belajar kat tempat yang berlainan lepas habis SPM, jumpe plak kejap2 je.. 

So, sebelum aku balik cuti study week hari tu, Fifi ajak aku keluar ( tapi bukan berdua ok ).. aku pun setuju sebab dia cakap dia nak bawak kawan dia sekali.. jenuh aku tanya sape kawan dia tu, dia cakap special guest.. nervous jugak aku kot2 dia bawak kawan dia yang aku tak kenal, krik krik la aku dalam kereta tu.. hu hu hu

But then, bila dia datang ambil aku kat rumah, special guest tu cover muka dia dengan surat khabar.. last2 aku tau jugak sape yang Fifi bawak sebab diorang turun dari kereta untuk bersalaman dengan Ummi dan nenek aku.. aku gembira tak terkata dan lega sebab Fifi bawak kawan yang aku kenal iaitu Isma..



Lepas Fifi ambik aku, Isma ng Fifi tanya aku nak ke mana.. adehhh.. macam aku pulak yang ajak diorang keluar.. ha ha ha ha.. then Fifi pun decide nak bawak kitorang pergi pantai sebab cuaca hari tu mendung je, tak panas sangat.. so, kami gerak la ke Pantai Cahaya Bulan(PCB).. 

Bila sampai kat PCB, dalam kepala kami tak lain tak bukan, MAGGI KETAM!!! ha ha ha ha ha.. then, kami pun cari la gerai yang menjual maggi ketam.. nasib baik ada, kalau tak, kempunan la kami nak makan maggi ketam kat sana.. he he he he.. aku dan Isma ada allergic seafood tapi kalau dengan ketam, memang kitorang tak boleh nak pantang la.. kitorang redah je.. he he he he..





Bila da habis makan, Fifi ajak aku dan Isma main bowling kt KBM.. aku on je sebab dah lama tak main benda alah tu tapi Isma tak nak, dia kata dia tak pandai main.. dia cakap nak tengok kitorang main je.. so, Fifi cabar aku lawan bowling  dengan dia, aku apa lagi, sahut je la cabaran tu.. tapi nasib tak menyebelahi aku.. aku kalah dengan Fifi.. hu hu hu hu.. but its ok, yang penting aku dapat release tension aku sebelum final exam minggu depan.. :)




Akhir kata, goodluck untuk final exam nanti..
Jumpa lagi..


Be happy and keep smiling
:)

Tuesday, 3 June 2014

KENDURI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

01/06/2014

Kalau cuti sekolah je, memang tak sah kalau takde kenduri kahwin.. Yela, time cuti ni la semua orang ada kat rumah.. Senang sikit nak buat kenduri, ramai yang boleh tolong.. Kalau kat Kelantan, kenduri kahwin dikenali sebagai ' bekwoh ' @ bigwork.. hehehehe

Kali ni, aku pun terlibat dengan kenduri kahwin.. Family aku dan family mak saudara aku mengikuti rombongan menghantar menantu kat Jeli.. Pengantin perempuan tu anak saudara pak cik aku.. Jadi memang takde hubungan pun dengan aku.. Hihihi.. Aku pun tak kenal sape pengantin perempuan tu.. Huhuhu.. Family aku ikut sekali pun bersebab.. Nak tau sebabnye?? Teruskan baca ye.. Hehehe

Friday, 30 May 2014

MERAJUK #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum ni aku cerita pasal aku merajuk sebab seseorang kan?? So, kali ni aku akan ceritakan pasal seseorang yang merajuk dengan aku pulak .. Hu hu hu hu

Aku dan si A ni dah lama berkawan, sejak sekolah rendah lagi.. Kami bukan sahaja sekolah kat sekolah yang sama dan kelas yang sama.. Tapi dia juga merupakan jiran aku selama 5 tahun  ( sebab aku pindah ke kawasan perumahan yang sama dengan dia pada tahun 2004 sampai 2008 ).. Walaupun berlainan gender, tapi kami masih boleh berkawan dan berhubung sampai sekarang walaupun jarang sangat kami berhubung..

BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
27/05/2014
Yeayyy!!!! Hari ni aku happy sangat-sangat sebab malam ni aku akan bertolak pulang ke kampung halamanku.. kih kih kih.. Walaupun baru sebulan tak balik tapi rasa rindu kat family tu macam dah 2 3 bulan tak balik.. Hu hu hu hu

Malam tu merupakan first time aku balik seorang diri dan balik pada waktu malam.. Selalunya aku balik dengan kawan sekolah menengah aku ( perempuan ok ).. Tapi disebabkan nak dekat final exam dah, so dia tak nak balik.. Aku nak balik pagi Rabu tapi disebabkan tiket pagi Rabu tu dah habis, so, aku beli la tiket malam Selasa.. Nasib la, lambat sangat beli tiket.. Hu hu hu hu..
SI DIA aku tak tau pun yang aku balik seorang diri sebab selalunya aku balik dengan kawan aku.. Bila sampai kat stesen bas malam tu, baru la aku cakap kat dia yang aku balik seorang diri.. Terkejut jugak dia bila dia tau aku balik seorang diri.. Tapi dia nak marah pun tak boleh sebab tiket dah beli dan aku da nak naik bas da pun.. Hi hi hi hi.. Pandai kan aku mengelat?? Heeeeee :D
Tapi malam tu memang aku cuak giler.. Nak tau kenapa?? 

Thursday, 29 May 2014

MARKAS

26/05/2014

Hari ni merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku.. Ha ha ha ha.. Bersejarah la sangat.. Nak tau kenapa?? Sebab hari ni merupakan first time aku menjejakkan kaki ke markas setelah hampir setahun aku menyertai KOR SISPA UKM..

Aku berjaya menjejakkan kaki kat sana pun sebab aku nak dapatkan pengesahan pegawai SISPA kat Bangunan Kesatria sebagai bukti aku terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum.. Kalau tak, tak merasa jugak la aku untuk menjejakkan kaki kat sana sebab markas tu selalunya digunakan oleh PALAPES dan SUKSIS sebagai tempat latihan mereka.. Latihan SISPA selalunya dijalankan di FSSK je.. Dekat sangat la dengan kolej aku.. he he he he

Disebabkan aku tak pernah ke sana sebelum ni, terpaksa la aku minta tolong Si Dia untuk ke sana.. he he he he.. Dia dah banyak kali ke markas, Palapes la katakan.. Nasib baik hari tu dia takde kelas, senang la sikit dia nak teman aku ke sana..

Alhamdulillah sebab ALLAH mempermudahkan urusan aku.. Sampai je kat Bangunan Kesatria tu, aku terus masuk ke pejabat yang dikhaskan untuk SISPA.. Kebetulan ada pegawai SISPA masa tu, so aku terus dapatkan pengesahan tersebut.. Tak perlu la berulang alik untuk ke sana semata-mata untuk mendapatkan pengesahan penglibatan dalam ko-kurikulum..

Ok la, sekian sahaja coretan aku untuk kali ni..

Sekian, terima kasih..


Be happy and keep smiling..
:)

SEKALUNG TAHNIAH




Entri kali ni aku tujukan khas untuk adik kesayangan aku iaitu Nur Anis Suhaila a.k.a ELLA. Hal ini kerana dia telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di KOLEJ POLY TECH MARA dalam Diploma Kejururawatan. Alhamdulillah.

Tapi tak jauh mane pun tempat dia belajar tu, kat Kota Bharu je. Dekat sangat aih. Dia saje je pilih yang paling dekat sebab tak biase jauh katanya. Haishh, aku jugak yang selalu belajar jauh. Sejak tadika lagi aku diajar sekolah berjauhan dengan family aku. Nak buat macam mane, anak sulung la katakan..

Tapi aku tak kisah semua tu, at least dia dapat sambung belajar lagi selepas SPM. Aku sebenarnya nak dia masuk matrik macam aku tapi nak buat macam mane, bukan rezeki dia untuk sambung belajar kat matrik kerana dia gagal mendapat tawaran untuk belajar kat matrikulasi.

Dia gembira sangat-sangat setelah berjaya dalam temu duga untuk Diploma Kejururawatan tersebut sebab memang dia minat dalam bidang tu. Dia minat subjek membaca especially subjek Biologi, tak macam aku, aku suka subjek mengira. So, memang patut la dia minat dalam bidang Kejururawatan  ni.

Lepas ni dah takde dah orang yang akan ganggu tidur aku setelah aku pulang kat rumah. Dah takde dah orang yang boleh aku usik setiap masa. Mungkin jadual cuti dia takkan sama dengan aku, so mesti susah da nak jumpa dia lepas ni. But its ok, aku still boleh jumpa dia kat tempat dia belajar tu. Kan dekat je dengan rumah.. He he he he..

Belajar rajin-rajin ye my dear, jangan main-main tau.. Semoga berjaya dalam hidup dan jadi kebanggaan keluarga.. Selamat menyambung pelajaran my dear sis..



Sekian sahaja untuk entri kali ni..

Sampai ketemu lagi..


Be happy and keep smiling.. 
:)

Tuesday, 27 May 2014

KURSUS PRA-PERKAHWINAN #2

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

18/05/2014
Hari kedua dan terakhir kursus ini, sangat mengexcitedkan.. hehe

Walaupun aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kursus ini kerana terlalu mengantuk dan letih, tetapi aku puas kerana dapat mengikuti kursus tersebut dengan sepenuhnya. hee..

Ya, aku tertidur setiap kali penceramah memulakan kata-katanya. haha.. Aku hanya dapat mendengar ilmu dan pengalaman mereka pada saat - saat akhir sahaja. Tapi takpe, buku kn ada ( he he he he ).. tambah2, si dia dah pergi kursus kahwin, boleh la aku tanya dia nanti sebagai rujukan.. hehehehe :D

Sunday, 25 May 2014

BERIADAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jogging..
Dulu( masa sekolah rendah ) jogging merupakan salah satu hobi aku pada hujung minggu..
Aku akan mengajak jiran2 aku merangkap kawan2 aku untuk join sekali.. tak lupa jugak adik2 aku sebab aku taknak diorang membuta selepas subuh..

Aku akan lead  diorang sbb aku yang ajak.. lepas jogging, kami akan berhenti rehat kat padang berdekatan dengan taman perumahan kami.. memang best sangat2 bila imbas balik memori tersebut.. aku rindukan suasana kat padang tu.. dengan gelak tawa mereka.. alangkah indahnya jika memori tersebut dapat diulang kembali..

Sunday, 18 May 2014

MY DAY OUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pada suatu hari, aku keluar dengan si dia, untuk kesekian kalinya, pergiiii


SHOPPINGGG!!!

EE HE HE HE HE..

Tiga tempat kut kami pergi, Plaza Metro, Metro Point dan Alamanda. heee. Aku yang ajak si dia pergi teman aku shopping ni, sebab apa? Ini semua sebab Kolej aku la, dinner bertema, kena pakai red and white, dah macam snow white pulak kan, he he he. Dah la aku tak pernah pergi dinner bertema ni, ni la pertama kali aku pergi. Mula la gelabah nak cari baju la apa la kan, biasalaaa perempuan kan, kasut lagi baju lagi, tudung lagi, banyak benda nak kena fikir, argghhhh....

KURSUS PRA-PERKAHWINAN

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
 Ladies and gentlemen, boys and girls..

Entri kali ini aku akan ceritakan tentang kursus yang sangat panas lagi dalam mindaku. Alaaa macam pisang goreng panas tu, mesti laku punye. hehe. Ok gurau je eh.

Baiklah, aku mengikuti kursus ini bukan atas sebab aku akan kahwin dalam masa terdekat tetapi atas sebab aku menemani roommateku. (Sebenarnye sebab aku cemburu dengan si dia yang sudah mengikuti kursus ini tanpa menunggu aku, hu hu hu). Kursus ini berlangsung selama dua hari iaitu semalam dan harini, 
17 & 18 Mei 2014. Aku nak sangat! Nakkk sangat pergi dengan bakal zaujku tapi apakan daya si dia dahpun pergi kursus tu. Takkan nak pergi dua kali kan, kemaruk betul, hehe, maaf ye awak, termengata sikit hehe.
Sudah cukup sudah. haha.

Setakat semalam best la jugak kursus tu, sebab aku dapat ilmu tentang rumahtangga yang tak pernah aku fikir sebelum ini. Mungkin bermula di saat ini, aku harus bersedia dari segi rohani dan jasmani, fizikal dan mental, untuk menempuhi alam rumahtangga walaupun mungkin masih lama lagi saat itu tiba, MUNGKIN. he he he he he.

Sunday, 11 May 2014

RELEASE TENSION

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei lepas, aku release tension aku dgn keluar brsama kawan baik aku, Annasuhah. Dh lame aku tak jumpe dy wlaupn u ktorg dkat je. Dia belajar kt UPM tu ha. Dekat sgt la kan? Tp disebabkn masing2 bz, nk jumpe pn tak sempat. So, aku ambik kesempatan ni utk keluar dgn dia pd 1 Mei tu.



Ni la kawan baik aku.. NUR ANNASUHAH

Pada mulanya plan nk p taman tp sbb taktau jln nk p sane, so ktorg tukar plan. Ktorg buat kputusan utk p brkelah kt Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Ala, yg dekat dgn Broga tu.




Bez sgt p sane.. ak rase mcm nk terjun je bile tgk air tu tp nk wt cane, ktorg p sehelai sepinggang je.. huhu.. takpe, lain kali bley prgi lagi.. in shaa ALLAH..

Mase mula2 smpai kat air terjun tu, mcm nk hujan je ktorg tgk tp alhamdulillah cuaca menyebelahi kami.. klau tak, konfem balik dlm keadaan basah kuyup sbb jauh kot tmpat parking kreta dari tmpat yg ktorg naik tu.. 

Tp last2 aku balik dlm keadaan basah jgak wlaupun tak hujan.. tapi basah ckit je la, tak smpai kuyup lg.. kihkih.. thanks to SI DIA sbb basahkan baju aku.. klau dy je yg basah takpe, ni dgn aku2 skali basah.. nasib baik la aku syg, klau tak.. aku selam je dlm air tu.. hahahaha.. sorry ye awak, juz kidding..

Oh ha, sebelum tu, aku p pesta buku kt PWTC dgn SI DIA.. brtambah lg koleksi novel aku.. aku juz nk beli 2 3 buah novel je lg.. utk ckupkn list novel yg aku nak.. tp bile p ng dia, 8 buah novel aku dpat.. heeee



Ok, ckup utk entri kli ni.. nnti jmpe lg..

Sekian...


Sunday, 4 May 2014

MENANTU VS MENTUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ehem, tajuk blog aku kli ni nmpak mcm sensitif ckit.. hahaha.. takde snsitif mane aih.. tu sbnarnye tajuk novel yg aku bace..



Sebenarnya aku tgh bedah lagi novel ni.. tak hbis baca pn lg.. takde mase.. huhuu.. tp dari ape yg aku da baca, novel ni menarik sgt2 and mencabar perasaan aku sbgai seorg perempuan.. sedih baq hang.. huhu

Novel ini mengisahkan seorg interior designer yg brnama Qeesya Ameena yg 'terjatuh cinta' dgn seorg CEO, iaitu Izz Rayyan apabila lelaki trsebut mnyelamatkan Qeesya Ameena yg pengsan akibat fobia dgn kegelapan dlm peristiwa lif rosak. Qeesya Ameena terus meletakkan Izz Rayyan sbgai pujaan hatinya tnpa mngetahui bhwa lelaki trsebut merupakan CEO syarikat yg bkerjasama dgn syarikatnya. 

Setelah itu, bermulalah misi Qeesya Ameena iaitu misi memikat hati Izz Rayyan. Namun,misi Qeesya Ameena semakin mencabar apabila dia mengetahui identiti sebenar Izz Rayyan setelah lelaki trsebut membawa Qeesya Ameena ke rumah Uminya. Umi Izz Rayyan iaitu Puan Sri Afifah memaksa Izz Rayyan berkahwin dgn perempuan pilihannya tetapi Izz Rayyan menolak dgn alasan dia sudah mempunyai Qeesya Ameena.

Setelah itu, Qeesya Ameena dituduh mencintai harta Izz Rayyan oleh Umi Izz Rayyan. Namun, mereka tetap disatukan setelah mndapat restu dari tok wan Izz Rayyan sndiri.

Maka makin brtambahlah misi Qeesya Ameena iaitu misi utk memikat hati Umi Izz Rayyan setelah hati Izz Rayyan hampir ditaklukinya.

Berjayakah Qeesya Ameena dlm misi menakluki hati mentuanya iaitu Puan Sri Afifah a.k.a 'Queen of the Lions'? 

Ha, kalau nk tau dgn lebih lanjut, baca la sndiri novel tu.. hehehe.. pinjam dari aku pn boleh ~~~~ :D

Hanya itu coretanku kali ini..
Sekian.. c ya next time..

KEEP SMILING AND BE HAPPY.. :)

Tuesday, 22 April 2014

SAHABAT SEJATI





Berhari-hari kubermimpi...
mimpi yang tidak pernah kualami...
berbulan-bulan kemengigau...
menarik tanganmu mengejar bangau...

wahai sahabat..
kau bagaikan mutiara..
yang hingga kini masih belum kutemui..
sudahku selami lautan gelora..
namun, apa yang kudapat..
hanyalah segenggam pasir..
pasir yang hanya mementingkan diri sendiri..

dirimu bak purnama..
sudah bermalam-malam..
aku melompat-lompat ingin menggapaimu..
namun, apa yang kudapat..
hanyalah keletihan...

wahai sahabatku..
di manakah engkau..
sudah berkurun kumencarimu..
sehingga hampir-hampir kuberputus asa..

wahai sahabat..
muncullah segera..
sehingga ke hari ini..
kita masih tidak ketemu..
jauh di sudut kalbuku..
kuamat ingin bertemu denganmu..
wahai sahabat....




Thursday, 17 April 2014

PERSAHABATAN


Lirik Lagu Sahabatku – Super Seven
Apa khabar sahabatku
Dimanapun kamu berada
Walau waktu telah berganti
Tak merubah persahabatan antara kita
Banyak kawan yang ku kenal
Tak semua bisa mengerti
Hanya kamu tetap tinggal
Kerana kamu yang paling sehati
Kita saling mengandalkan
Kita saling membanggakan
Kita terima perbedaan
Dengarlah sahabat laguku ini

Aku dan kamu satu best friend forever (forever)
Sahabat sehati sejiwa
Walau sedang berpisah tak pernah terasa jauh (jauh)
Sahabat best friend forever
Kita saling mengandalkan
Kita saling membanggakan
Kita terima perbedaan
Dengarlah sahabat laguku ini
Aku dan kamu satu best friend forever (forever)
Sahabat sehati sejiwa
Walau sedang berpisah tak pernah terasa jauh (jauh)
Sahabat best friend forever
Best friend forever, best friend forever
Best friend forever, best friend forever



Stiap kali aku dengar lagu Sahabat Best Friend Forever yg dinyanyikn oleh Super 7, rinduku trhadap sahabat2 baik aku sejak form 4 smpai la skrg iaitu Nor,Nina,Kemy,Mimi,Wani,Kira, and Sue smakin mndalam.. ktorg rapat sgt2 kt sekolah dlu,smpaikn ktorg digelar Geng 8 sbb sntiasa brsama wlau ape jua yg brlaku.. wlaupn ktorg trpisah slpas SPM tp alhamdulillah ktorg still contact smpai la skrg.. 



Perangai gila2 diorg,mmg takkn aku lupa smpai bila2.. tp bile tiba time stdy,jgn tegur la.. mmg serius sgt2.. yg pling menarik, bila dlm klas,klau slah sorg dr ktorg tido,konfem 7 yg lain ikut sama.. haha..dh la duk dlm klas tu blkang skli,mmg trbaik la.. smpaikn ckgu2 pn ingt lg kt ktorg klau ktorg prgi jmpe ckgu2 kt skolah..




Aku rindu sgt2 akn kenangan dgn diorg.. mngkin smua tu takkan brulang lg tp aku akn simpan memori2 brsama sahabat2 aku smpai bila2..





Sunday, 13 April 2014

FRAGILE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rapuh..seringkali dikaitkn dgn hati..ya,hati kita semmgnye rapuh..oleh itu, kali ni aku ingin brcerita mngenai kawan aku yg telah mnyedarkan kau tntang erti RAPUH yg sbnarnya..


Aku mngenali dirinya dgn sifat yg ceria,kelakar dan byk ckap..ttapi tidak kusngka rupa2nya di sebalik sifat2 trsebut tersembunyi sekeping hati yg sgt RAPUH..aku tidak prnah menemui seorg lelaki yg sanggup menitiskan air matanya hnya krana seorg kekasih..wlaupn mereka hnya mngenali satu sama lain cuma setahun lebih..


Selama ini aku hnya berfikiran bhwa hnya perempuan shja yg akn menangis krana kekasihnya(sbb hati prempuan kn lg lembut dari lelaki)..tp skrang terbukti bhwa wujud jua lelaki yg brhati RAPUH..mngkin ad sesetgh lelaki yg mnganggap bhwa kawan aku tu tak macho atau mnja tetapi tidak mustahil utk seorg lelaki menitiskan air mata utk org yg dia syangi..


Setelah mndengar keseluruhan ceritanya,aku sudah dpt mngagak yg kasihnya trhadap perempuan tu sgt dalam dan mngkin susah utk dirinya melupakan perempuan itu..aku hnya mampu mndengar luahan hatinya,namun aku tak mampu mmbuatkn dia melupakn ex dia..mngkin beban di hatinya ringan sedikit setelah meluahkan ape yg dirasainya..namun aku tau,bkn snang utk dirinya move on stelah ape yg brlaku..aku brharap masa akn mnjadi pnyembuh luka di hatinya..



Dan ingat,wlaupun kita ditinggalkn @ dikecewakn oleh sesiapa,jgn lupa bhwa kita masih ada DIA..maka dekatkanlah diri kita kepadaNya..in shaa ALLAH hati kita akn pulih sperti sedia kala..



Hanya itu coretanku utk kali ni..



Sekian.. Assalamualaikum..





Thursday, 3 April 2014

DOWN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Down atau jatuh..nk citer psal ape ek??tu la reaksi aku bila Sir Azzwan bagi tajuk utk entri blog mggu ni..blur kjap..tp aku mmg tiap2 mggu blur klau bab2 blog ni..kuakuakua

Hmmm, JATUH..

     <---- Macam ni kah???

Tak semestinya sbb jatuh tu abstrak bak kata Sir Azzwan..byk bnda lagi bley dikaitkn dgn prkataan jatuh..mngkin jatuh katil, jatuh basikal and so on..tp hri ni aku nk citer psal jatuh sakit atau dgn kata lain, demam..

Masa aku umur 10 tahun, aku prnah demam dkat 2 mnggu jgak la..time tu bru start cuti sekolah..ok,cerita dy mcm ni ye anak2..ptg lpas balik sekolah tu, aku kluar main dgn jiran aku..then mse tgh main tu, dy suh aku ambik bnda tp aku tak ingt dy suh aku ambik ape mse tu..ketika nk ambik bnda tu kt tepi pagar rumah aku, aku terpijak duri pokok bunga kertas..wowww,mmg `bez’ giler la kn bila trpijak duri tu..byk jgak la darah kluar dari kaki aku wktu tu smpai cuak jiran aku bila tgk kaki aku..serba salah plak aku tgk muka dy..ak pn ckp la kt dy ceni utk tenangkan hati dy, `takpe la Anis, luka cikit je ni..kak long ok la’..tp hakikatnye ak tak ok!!!and yg bestnye, aku tak bgtau pn Ummi ng Abah aku psal kaki aku tu..aku diam je sbb takut kna marah..kuikuikui..pdhal klau bgtau, bknnye Ummi ng Abah aku marah pn..biase la, kanak2 ribena lg kn mse tu..fikiran tak matang lg..hihihi

Bonsai Bugenvil, Bunga Kertas ( Bougainvillea )

Kalau korg nk tau, aku ni jenis mudah jatuh sakit masa kecik2 dlu..kalah adik2 aku..lemah btol antibodi aku..so, disebabkn ptg tu kaki aku kna duri yg tajam lg menyakitkan, mlm tu bdan aku mulai panas..byk btol dugaan..dh la kaki sakit lpas tu demam plak..mmg full package la kn..ckgu2 aku plak bg keje byk nk mati, mcm cuti sekolah sebulan pdhal cuti sekolah 2 mggu je pn..homework lain aku tak risau sgt sbb ckgu2 tak garang sgt..kihkihkih..yg aku risau, homework BM,karangan plak tu..mmg aku `minat’ la kn mengarang ni..dgn demamnye, mmg aku tak sentuh lngsng la homework BM tu..

senang terserang penyakit, biarpun jenis penyakit ringan seperti demam ...

Dan...tiba la hari persekolahan..yg menariknya, awal2 pagi lg ad klas BM..mmg masak la aku kna ng cikgu tu..aku tak ckp yg aku demam sepnjng cuti sekolah tu..kot la dicop penipu, so aku ckp jela aku lupa nk buat karangan yg ckgu tu bg..maka,dgn rela hatinya aku menerima `kasih syg’ yg diberi oleh cikgu BM aku tu..cubit2 syg!!!!pedih wooo..perit giler..lps dpt `kasih syg’ tu, aku terus berazam utk siapkn krja yg dy bg wlaupn aku jatuh sakit..huhu

Pnjang plak cerita aku..kihkihkih..main point dy sbnarnye jatuh sakit je tp melarat la plak..hihihi..tp takpe, msti korg seronok kn baca kisah aku ni?? :D

Tapi ingat pesan aku,jgn mengeluh bila jatuh sakit sbb sakit itu penghapus dosa..tp takyah nk argue la psal kisah aku kt atas tu,mse tu kecik lg..mse tu taktau pn sakit tu bleh menghapuskn dosa..huhu

Ok then, smpai di sini saje kisah yg aku ingin ceritakn brkaitan dgn tjuk JATUH..see ya next time!!!

Sekian....












Sunday, 30 March 2014

MOVE ON



MOVE ON

Ok,we met again..kali ni tajuk move on..lmbat plak ak nk bt entri psal tjuk MOVE ON ni..takde idea wei..huhu..but its ok,i will try my best!!! :D

Hmm..bg aku,move on tu mksudnye maju ke hdapan..byk sgt kisah aku utk tjuk ni,so ak ambik yg trjadi dlm mse trdekat jela ek(wlaupn nk msuk sethun da bnda tu jd)..

Citer dy ceni..ak ade minat la kt sorang bdak laki klas ak kt matrik dlu tp ak diam je..kot la ak nk gtau dy,mmg tak la..malu~~~..tp last2 dy perasan jgak..cane ntah dy bley perasan..so,ktorg kontek la..tp kontek sbg kwan je cme cara layanan dy kt aku lebih dr sorg kwan..ktorg slalu stdy sama2,kluar sama2,jmpe lecturer sama2..then,aku dgn 'cerdik'nye anggap dy terima aku lebih dr seorg kwan..biase la,hati prempuan kn mudah cair bila seorg lelaki layan dy mcm tu..

Tp kegembiraan yg aku kecapi tu tak lama..hati aku pecah berderai bila dy bgtau aku yg dy minat kt kwan aku..merangkap kwan yg rapat ng aku dan merupakan mentor dy dlm stdy group(utk prsediaan final exam sem 2)..nasib baik dy bgtau aku lpas hbis exam da..time dy bgtau aku tu,aku pura2 gembira sbb aku taknak nmpak lemah di mata dy..but then,air mata aku jatuh jua bila aku luahkan perasaan sedih aku tu kt rumet aku..aku yg tak pernah nangis sbb laki,cipta rekod mlm tu..first time aku nangis sbb laki..aku rse bodoh sgt2 sbb prcayekn lelaki smpai aku menganggap semua lelaki sme je,ambil ksempatan atas kelembutan hati seorg perempuan..aku jd benci kt insan brname lelaki..


Tapi bila aku fikirkn balik psal tu,ak sedar,salah aku jgak sbb bg kepercayaan spnuhnye kpd laki tu..so,ak ubah balik tanggapan aku dlu..aku tak boleh anggap smua lelaki sama mcm dy..hnya kerana aku prnah dikecewakn oleh seorg lelaki,tak brmkna aku hrus brfikiran sempit dgn mengatakn bhwa smua lelaki tak boleh dipercayai @ dlm bhsa kasar,smua lelaki tak brguna..


Aku harus maju ke hdapan dan brfikiran positif..mgkin ape yg trjadi pd aku merupakan satu ujian utk aku agar mnjd lebih kuat dan tabah pd msa akn dtg..yes,I WILL!!! in shaa ALLAH..








Akhir kata,aku ingin memohon maaf sekiranya coretan aku kli ni menyakiti hati mana2 pihak..aku tak berniat utk memburukkn mana2 pihak..aku cuma ingin brkongsi pengalaman aku dan aku harap coretan aku ini dpt dijadikn pengajaran utk kita smua..




Don't be sad and smile always.. :)

Tuesday, 18 March 2014

MERAJUK




MERAJUK 

Hmm,tajuk blog kali ni menarik kot..haha..terbaik la Sir..first2 mcm tak caye jgak Sir bg tajuk ni tp nk wt cano,terima je seadanya...


Ok,kite truskan dgn story aku psal MERAJUK ni..bile aku pikir psal kisah ni,hepy ade,malu pn ade..hahaha..tp biase la,prmpuan mne bley lari dr majok ni..msti ade jgak wlaupn ckit..sbb hati prmpuan ni lembut sgt..







Citer dy ceni..mse mula2 msuk UKM dlu,aku slalu kontek ng sorg budak kuliah aku kt matrik dlu..wlaupun kt matrik dlu ktorg tak prnah brtegur sapa tp ntah mcm mne,kt UKM ni ktorg bley jd rapat..myb sbb dy same kos ng aku kot..hehehe



Then,pd mggu nk dftar psal HP sume tu,dy ajak aku join SISPA..pd mulanye aku taknak..aku nk join BSMM sbb sjak skolah rndah lg aku join BSMM ni,so hjat di hati,nk truskn la smpai kt u ni..but then,aku stuju dgn dy utk join sbb ad geng..hepy la aku sbb ade jgak kwn utk join SISPA(wlaupn dy tu laki)...huhuhu



Tp beberapa hri lpas tu dy ckp kt aku dy nk join PALAPES..panas la aku sbb dy jnji ng aku nk join SISPA same2 but then dy plak nk join PALAPES..aku ni jnis tak suka org mungkir jnji ng aku..aku nk mrah dy pn tak boleh sbb aku taknak lpaskn kemarahan aku kt kwan baik aku..so,aku merajuk la ng dy..aku tak blas msj or chat dy..tp tak smpai 3 hari pn sbb dy pndai ambik hati aku..lgpun bg aku,buat ape aku nk mrah kt dy..tu sume pilihan dy,aku tak bley nk paksa dy join SISPA klau dy taknak..nnti dy tak ikhlas plak..so,aku redha jela dy join PALAPES..



Sbnarnye ade hikmah jgak ktorg join unit uniform lain2 sbb dpt kongsi pngalaman msing2..klau ktorg join SISPA sme2,nnti tak best la nk story pape sbb dua2 da ada pngalaman psal tu..


So,tu jela story aku psal MERAJUK ni..mgkin tak best sgt tp cme kisah tu je yg aku ingat bile Sir bg tjuk blog kali..yg lain tak ingt daaa...hehehehe


Jumpe lagi...







Thursday, 13 March 2014

KEHILANGAN

KEHILANGAN

Klau nk story psal kehilangan ni,mmg byk sgt..tak terkira..huhu..tp ak akn cter psl kehilangan yg beri kesan mndlam dlm hidup aku..of coz la psl KEHILANGAN BUAH HATIKU, MOHD ZAIDI,MY BELOVED FATHER..

Ak tak rpat sgt dgn Abah ak,myb sbb ak takut ng Abah ak..he's a very strict man,thats why i feel scared to talk or tell something to him..especially bile nk gtau psl result ak..huhuhu..slalunye bile result ak ok,ak akn mntak Abah aku yg sign bku laporan aku(mse skolah rndah)..tp klau result ak tak ok(bkn smpai thap teruk la),aku akn mntak Ummi ak sign..hihihi..bijak tak??:D

Bile naik skolah mnengah,ak tak byk luangkn mse dgn Abah aku sbb ak tinggal kt asrama..lg la tak rapat ng Abah aku..dlu aku bdak yg degil sgt2,smpai aku tak nmpk yg Abah aku sygkn aku lebih dr beliau sygkn adik2 aku..aku slalu melawan ckp beliau..Abah aku tak bg aku apply skolah brasrama tp ak tetap dgn pendirian aku..ak tetap apply skolah brasrama yg jauh ckit dr rumah aku..dlm stgah jam je pn dr rumah aku..so,nk bt cane,trpksa la beliau stuju dgn kputusan aku sbb aku ni degil kn..huhu..


Then,pd akhir tahun 2002,time tu cuti akhir tahun..aku brgaduh lg dgn Abah aku..bnda kecik je pn tp sbb aku degil,ak brgaduh dgn beliau smpai lari dr rumah..aku tinggal ng nenek sebelah Abah aku..hmpir semggu jgak aku lari dr rumah smpai la Abah aku col Maksu aku spaya pujuk aku balik rmah..tp aku ni jnis tak mkan saman,pujuk la byk mne pn,aku tetap tak balik..



Then,Ummi aku plak col Maksu aku..Ummi aku gtau yg Abah aku suruh balik sbb nk prgi beli peralatan sekolah aku dan adik2 aku..aku trpksa balik jgak wlaupun hati tak rela..so,aku balik la brmalam kt rumah aku..pg keesokannya, aku dan family aku kluar beli brg2 sekolah..pd mulanya aku dan family aku jln brsama tp dsbbkn Ummi aku nk prgi beli brg ng 2 org adik aku,Ella n Mustaqim,trpksa la aku brjln dgn Abah aku smbil ditemani adik aku Firdaus(mse tu Farah takde lg)...mse tu la ktorg strt brtegur sapa,Abah aku yg tegur aku dlu..kurng asam btol aku ni..hmm..aku msih ingt ape yg Abah aku tnye mse tu..beliau tnye ak, "Along,ade pape lg ke yg tak beli?"..aku jwab,"Dah takde da kot Bah"..then beliau tnye lg,"Kasut yg Abah beli tu ok tak?"..then aku jwab,"Da ok da Bah"..lpas tu,ktorg ke SMO sbb aku nk cri buku rujukan..Abah aku belikan bberapa bku rujukan dan alat tulis utk aku..utk adik2 aku pn same..



Setelah selesai beli smua brg2 yg dprlukan utk sekolah,ktorg balik rmah..tgh hari tu,aku dan adik2 aku,Ella n Mustaqim mntak utk brmalam kt rumah nenek aku..Abah aku bnarkn tp smpat lg beliau ckp,"Ummi dgn Abah nk kluar plak mlm ni,taknak ikut ke?"..aku pn jwb smbil snyum,"Ala,msti Abah grau je kn?Abah saje je nak ktorg batalkn plan ktorg tu kn?"..aku jwb mcm tu sbb aku da tau prngai Abah aku..jika ktorg da kluar pg tu,tak mgkin ktorg akan kluar plak mlm tu..tp sangkaan aku meleset,Abah dan Ummi aku btol2 kluar mlm tu..tp adik aku Firdaus(umur dy 6 thun mse tu) ade skli..mreka kluar mkn kt tmpat favourite ktorg,Food Village..mreka pulang hmpir pkul 1 pg..mgkin sbb lame tak keluar brdua(dating ler bile anak2 takde)..hahaha..



Keesokannye,Abah aku mngadu kt Ummi aku yg beliau tak sihat..mlm tu Ummi aku bwak Abah aku ke klinik..stelah disuntik,Abah aku ok ckit..ktorg ingatkn beliau mmg btol2 ok..then pd 22/12, slpas solat Zohor, Abah aku gtau Ummi aku yg beliau nk prgi bank dan bli brg ckit kt pasar raya then nk singgah rmah nenek aku slpas tu..selalunye beliau takkan kluar brsendirian tp ntah knape hri tu beliau prgi sndirian dgn menunggang motosikal..kmudian slpas Asar,nenek aku col Ummi aku brtnya sma ada Abah aku ada kt rmah @ tak..Ummi ak hairan sbb da lewat sgt, takkan la Abah aku tak balik2 lg..Ummi aku tnye nenek aku,Abah aku takde singgah rmah nenek aku ke..nenek aku ckp takde..lg la Ummi aku hairan..then Ummi aku col Ayah Long aku iaitu abg kpd Abah aku..slpas tu la, Ayah Long aku beritahu berita yg sgt mngejutkan..Ayah Long aku ckp Abah aku trjatuh dr motor brdekatan dgn pasar raya..kebetulan pasar raya tu hmpir dgn rmah Ayah Long aku..org brdekatan kwasan trsebut knal Abah aku dan Ayah Long aku ,jd mreka trus inform kt Ayah Long aku psl Abah aku..Abah aku dbawa ke Pejabat Kesihatan yg brdekatan dan kebetulan kwn baik Abah aku,doktor kat Pejabat Kesihatan trsebut ada..so,dy terus memeriksa Abah aku..tp malangnye,Abah aku tak dpt diselamatkn..cme Abah aku brnasib baik sbb tak perlu dibedah siasat krna meninggal dunia scra mngejut..kwn Abah aku tak bnarkan sbb risau bedah siasat tu akan mnyebabkan jasad Abah aku tersiksa..



Bile Ummi aku tahu psal Abah aku jatuh motor,Ummi aku terus ambil nenek aku kt rmah beliau dan terus brgegas ke tmpat kejadian manakala aku dan adik2 aku diminta stay kt rumah nenek aku..kbtulan Maksu aku takde kt rumah mse tu,so aku dan adik2 kna la jaga rumah..aku dan adik2 mnanti dgn sabar kt rumah..kami smpat lg brgelak ketawa tnpa mngetahui bhwa kami akan menangis slpas tu..hmpir pkul 6 ptg, sebuah van Pejabat Kesihatan sambil diiringi kereta Ayah Long aku menghampiri rumah nenek aku..dlm fikiran aku pd mse tu,"Oh,myb Abah patah kaki kot sbb tu kna hntar balik dgn van Pejabat Kesihatan"..tp skli lg sangkaanku meleset..apabila Ayah Long aku turun dr kereta beliau,Ayah Long aku ckp yg Abah aku dah tak ada..aku terkedu,aku taktau nk beri reaksi apa pd waktu tu..aku cme trsedar apabila adik aku Ella,menangis..aku terlalu trkejut shngga air mataku tak keluar lngsung..



Abah aku dikebumikan pd pagi keesokan hari..sblom mngucup pipi Abah aku utk kali terakhir,air mata aku hmpir mngalir brsama tp aku smpat mnghalangnye sbb taknak biarkn air mata aku mngenai beliau yang telah siap dikapankan..setelah selesai smua ahli keluarga aku mngucup pipi Abah aku,jasad beliau dibawa ke masjid dgn menaiki van utk disembahyangkan..aku dan Maksu aku terus ke kubur manakala Mustaqim mengikuti Ayah Long aku ke masjid sblom ke kubur..slpas selesai pngebumian Abah aku,bru la aku terasa sayu dan sedih sgt2..aku tetap mngawal emosi aku sbb aku tau aku telah jd sumber kekuatan Ummi brmula pd detik trsebut..aku hnya mampu menitiskan air mata aku stlah aku brada di asrama..aku mmg susah utk menitiskan air mata tp bile teringatkan Abah aku,pasti air mata aku akn menitis tnpa aku sedari..



Selepas kematian Abah aku, aku tekad utk mnjadi seorg anak yg patuh kpd Ummi aku,.aku taknak kehilangan Ummi aku sprti aku kehilangan Abah aku..aku ingin berbakti kpd Ummi aku agar aku tak mnyesal sprti mna aku mnyesal krna tidak smpat berbakti utk Abah aku..




Cerita aku pnjng lg tp hnya setakat tu saje yg dpt aku coretkn..hnya satu pesanku, 

HARGAI IBU BAPA ANDA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA...



Keep smiling and don't be sad.. :)