Friday, 30 May 2014

MERAJUK #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum ni aku cerita pasal aku merajuk sebab seseorang kan?? So, kali ni aku akan ceritakan pasal seseorang yang merajuk dengan aku pulak .. Hu hu hu hu

Aku dan si A ni dah lama berkawan, sejak sekolah rendah lagi.. Kami bukan sahaja sekolah kat sekolah yang sama dan kelas yang sama.. Tapi dia juga merupakan jiran aku selama 5 tahun  ( sebab aku pindah ke kawasan perumahan yang sama dengan dia pada tahun 2004 sampai 2008 ).. Walaupun berlainan gender, tapi kami masih boleh berkawan dan berhubung sampai sekarang walaupun jarang sangat kami berhubung..

Masa sekolah rendah dulu, aku dan dia diibaratkan macam anjing dan kucing.. Kalau jumpa, mesti bergaduh, tak boleh nak cakap elok sikit.. Aku pun tak paham kenapa dengan orang lain dia boleh cakap elok-elok tapi dengan aku, tak pernah nak cakap elok-elok.. sakit hati betol..

Bila da naik sekolah menengah, aku jarang sangat berhubung dengan dia.. tambah-tambah kami sekolah kat sekolah menengah yang berlainan, lagi la jarang berhubung.. Kami berhubung pun untuk bertanyakan result exam masing-masing je..

But then, bila dia ada  problem dengan girl dia, dia akan cari aku untuk bertanya pendapat.. Setiap kali dia ada masalah je dia akan cari aku.. Aku pun tak kesah sebenarnya, sekadar nak minta pendapat je kan, ape salahnya.. Lepas tu, kami tak berhubung dah..

Then, 2 atau 3 minggu yang lepas, aku call dia sebab nak tanya pendapat dia tentang STPM( sebab aku nak suruh adik aku ambik STPM selepas habis SPM ).. Lepas tanya pasal tu, aku tak berhubung dengan dia da tapi dia pulak yang duk mesej aku.. Aku malas nak layan sangat Si A tu sebab nak jaga hati SI DIA aku.. 

Dulu boleh la aku selalu berhubung dengan Si A tu sebab aku tak perlu jaga hati sesiapa  but now its different.. I have to take care of someone’s feeling.. Tapi Si A tu macam tak faham pula, dia macam tak hormat keputusan aku.. Dulu boleh je aku tak berhubung dengan dia sebab dia da ada girl dia.. Tapi sekarang, kenapa dia tak boleh faham aku?? Aku buat tak layan je dia tu, dia mesej pun aku layan biasa-biasa je..

Tiba-tiba dia mesej aku, dia cakap, “ Macam ni la kawan.. takpe la, kalau aku tak mesej ko lepas ni, maaf la ye” .. Aku ingatkan dia bergurau je sebab dia jenis tak pernah serius dengan aku.. Aku boleh perasan dia merajuk dengan aku pun lepas aku mesej dia then dia tak balas.. Aku call pun dia tak angkat.. Then, what can I do?? I just leave him alone because  I know it would be the best way for us..

Aku tak nak kehilangan kawan lama aku dan pada masa yang sama, aku tak nak kehilangan SI DIA aku.. Aku harus bijak membuat pilihan agar aku tidak menyakiti hati orang yang aku sayang.. Aku telah memilih SI DIA aku, so  aku harus jaga hati dia dengan sebaik mungkin.. Mungkin dengan cara tak berhubung dengan dia, aku dapat jaga hati kedua-duanya sekali.. Mungkin..


Sekian sahaja cerita aku..
Terima kasih..


Be happy and keep smiling..
:)

0 comments:

Post a Comment