Sunday, 25 May 2014

BERIADAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jogging..
Dulu( masa sekolah rendah ) jogging merupakan salah satu hobi aku pada hujung minggu..
Aku akan mengajak jiran2 aku merangkap kawan2 aku untuk join sekali.. tak lupa jugak adik2 aku sebab aku taknak diorang membuta selepas subuh..

Aku akan lead  diorang sbb aku yang ajak.. lepas jogging, kami akan berhenti rehat kat padang berdekatan dengan taman perumahan kami.. memang best sangat2 bila imbas balik memori tersebut.. aku rindukan suasana kat padang tu.. dengan gelak tawa mereka.. alangkah indahnya jika memori tersebut dapat diulang kembali..



Tapi bila da masuk sekolah menengah, aku jarang praktikkan hobi aku tu sebab terlalu buzy dengan homework  dan masa yang tidak mencukupi untuk aku berehat ( sebab budak asrama kan, kna ikut peraturan smpai nak rest  lama2 kt bilik pn tak boleh.. hu hu hu )..

Namun, aku dapat mempraktikkan balik hobi aku bila masuk matrik tp tu pun kadang2 je.. ikut mood.. he he he.. klau aku rajin dan ada geng untuk teman aku jog, aku akan jogging pada waktu petang untuk hilangkan kepenatan belajar ( walaupun tak penat sangat belajar masa kat matrik tu )..

Apabila masuk u plak, aku makin rajin mempraktikkan hobi aku tu sebab ad Si Dia yang selalu mengajak aku untuk exercise walaupun aku tak jog sangat.. ha ha ha ha.. aku jalan je sepanjang masa.. dia je yang jogging.. semput wei.. ha ha ha.. kesian kat dia sebab selalu kena tunggu aku.. nasib la..

Walaupun aku tak jogging macam dia tapi aku dapat hilangkan stress dengan menikmati alam sekitar sepanjang aku teman dia jogging tu..

So, rajin-rajinkan diri untuk beriadah walaupun sekadar berjalan sekeliling kampung ( bila berada kat rumah ), taman atau kampus supaya dapat menghilangkan tekanan..

Sekian saja untuk entri kali ni.. Terima kasih..

Be happy and keep smiling.. :)

0 comments:

Post a Comment