26/05/2014
Hari ni merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku.. Ha
ha ha ha.. Bersejarah la sangat.. Nak tau kenapa?? Sebab hari ni merupakan first time aku menjejakkan kaki ke
markas setelah hampir setahun aku menyertai KOR SISPA UKM..
Aku berjaya menjejakkan kaki kat sana pun sebab aku nak
dapatkan pengesahan pegawai SISPA kat Bangunan Kesatria sebagai bukti aku
terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum.. Kalau tak, tak merasa jugak la aku
untuk menjejakkan kaki kat sana sebab markas tu selalunya digunakan oleh
PALAPES dan SUKSIS sebagai tempat latihan mereka.. Latihan SISPA selalunya
dijalankan di FSSK je.. Dekat sangat la dengan kolej aku.. he he he he
Disebabkan aku tak pernah ke sana sebelum ni, terpaksa la
aku minta tolong Si Dia untuk ke sana.. he he he he.. Dia dah banyak kali ke
markas, Palapes la katakan.. Nasib baik hari tu dia takde kelas, senang la
sikit dia nak teman aku ke sana..
Alhamdulillah sebab ALLAH mempermudahkan urusan aku.. Sampai
je kat Bangunan Kesatria tu, aku terus masuk ke pejabat yang dikhaskan untuk
SISPA.. Kebetulan ada pegawai SISPA masa tu, so aku terus dapatkan pengesahan tersebut.. Tak perlu la berulang
alik untuk ke sana semata-mata untuk mendapatkan pengesahan penglibatan dalam
ko-kurikulum..
Ok la, sekian sahaja coretan aku untuk kali ni..
Sekian, terima kasih..
Be happy and keep smiling..
:)
0 comments:
Post a Comment