Thursday, 29 May 2014

SEKALUNG TAHNIAH




Entri kali ni aku tujukan khas untuk adik kesayangan aku iaitu Nur Anis Suhaila a.k.a ELLA. Hal ini kerana dia telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di KOLEJ POLY TECH MARA dalam Diploma Kejururawatan. Alhamdulillah.

Tapi tak jauh mane pun tempat dia belajar tu, kat Kota Bharu je. Dekat sangat aih. Dia saje je pilih yang paling dekat sebab tak biase jauh katanya. Haishh, aku jugak yang selalu belajar jauh. Sejak tadika lagi aku diajar sekolah berjauhan dengan family aku. Nak buat macam mane, anak sulung la katakan..

Tapi aku tak kisah semua tu, at least dia dapat sambung belajar lagi selepas SPM. Aku sebenarnya nak dia masuk matrik macam aku tapi nak buat macam mane, bukan rezeki dia untuk sambung belajar kat matrik kerana dia gagal mendapat tawaran untuk belajar kat matrikulasi.

Dia gembira sangat-sangat setelah berjaya dalam temu duga untuk Diploma Kejururawatan tersebut sebab memang dia minat dalam bidang tu. Dia minat subjek membaca especially subjek Biologi, tak macam aku, aku suka subjek mengira. So, memang patut la dia minat dalam bidang Kejururawatan  ni.

Lepas ni dah takde dah orang yang akan ganggu tidur aku setelah aku pulang kat rumah. Dah takde dah orang yang boleh aku usik setiap masa. Mungkin jadual cuti dia takkan sama dengan aku, so mesti susah da nak jumpa dia lepas ni. But its ok, aku still boleh jumpa dia kat tempat dia belajar tu. Kan dekat je dengan rumah.. He he he he..

Belajar rajin-rajin ye my dear, jangan main-main tau.. Semoga berjaya dalam hidup dan jadi kebanggaan keluarga.. Selamat menyambung pelajaran my dear sis..



Sekian sahaja untuk entri kali ni..

Sampai ketemu lagi..


Be happy and keep smiling.. 
:)

0 comments:

Post a Comment