Friday, 6 June 2014

RINDU


Rindu... 
Sebuah perasaan yang sering hadir apabila kita menyayangi seseorang..
Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata..
Kadang-kadang perasaan tersebut membuatkan seseorang itu menitiskan air mata
kerana terlalu merindui..
Namun perasaan tersebutlah yang mengajar kita 
supaya menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita..

Rindu..
Perasaan itu juga yang membuatkan kita tabah..
Perasaan itu sering dirasai bila 
kita berjauhan dengan yang tersayang..
Keegoan yang ada dalam diri membuatkan perasaan rindu
tenggelam dan hanya disedari bila
orang yang kita sayang pergi dari hidup kita..

Rindu..
Janganlah kita benci akan perasaan tersebut..
Hargailah setiap rasa yang hadir dalam diri kita,
kerana perasaan itu tidak akan selalu hadir dalam diri kita..


P/S : Ni la jadinya bila teringat family kat rumah.. hu hu hu hu
Tak lupa juga kepada Si Dia.. :) 


Be happy and keep smiling
:)

0 comments:

Post a Comment